Monday, June 29, 2009

salam

selamat kembali ke ums dan kolej indah permai kepada semua

Thursday, December 18, 2008

Program Exco Keusahawanan KKIP

1.Minggu Keusahawanan dan Kerjaya Siswa
2.Program Usahawan Muda

Sunday, November 23, 2008

Kelab Usahawan KKIP

Cadangan Kelab Keusahawanan ini adalah usul yang dikemukakan kepada Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai dan disokong oleh pentadbiran kolej. Penubuhan Kelab Keusahawanan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengetahui selok belok mengenai keusahawanan serta mengetahui lebih mendalam cara untuk menjadi seorang usahawan selaras dengan seruan Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan Mahasiswa mahasiswi melibatkan diri dalam ilmu keusahawanan.Dengan dibantu oleh tenaga pengajar yang mahir dalam bidang keusahawanan serta sokongan daripada pihak pentadbir kolej,kelab keusahawanan ini menyahut cabaran tersebut.

Thursday, November 20, 2008

Usahawan di Malaysia

Ramai yang mengenal dan mengetahui perkataan usahawan. Tapi bila ditanya apa itu usahawan, mereka pasti akan berfikir seketika untuk memastikan mereka menjawab dengan baik dan betul. Diakhir jawapannya diselitkan dengan keraguan. Namun, apa yang disimpulkan oleh setiap orang mengenai usahawan itu ada benarnya. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut tafsiran mereka sendiri. Mereka menafsirkan perkataan usahawan itu berdasarkan apa yang mereka lihat dan mereka fahami. Usahawan ialah orang yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu sebagai salah satu urusan perniagaan bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan malahan sebagai satu perniagaan yang dapat memanfaatkan orang lain. Bukan itu sahaja, usahawan juga merupakan orang yang berani menanggung risiko diatas setiap sesuatu yang dihasilkan ataupun diusahakan.


Sesetengah orang berpendapat bahawa usahawan itu ialah peniaga dan peniaga itu pula adalah usahawan. Semua usahawan itu boleh menjadi peniaga dan merupakan peniaga “bawah tanah” secara tidak langsung. Tetapi bukan semua peniaga itu adalah usahawan. Peniaga ialah orang yang menjual barang untuk mendapatkan keuntungan sahaja dengan menjadi perantara diantara usahawan ( barang yang dihasilkan) dengan orang ramai. Dalam erti kata lain bagi menerangkan maksud usahawan sebagai peniaga “bawah tanah” ialah orang yang menghasilkan barangan dan kemudiannya dijual kepada industri-industri yang bersesuaian dengan hasil rekaannya. Sebagai contoh, basikal. Usahawan mereka seterusnya menghasilkannya dan kemudian ideanya dijual kepada industri perkilangan untuk diproses dan dijual kepada orang ramai. Namun, ramai usahawan yang lahir dalam industri perniagaan ini dengan menghasilkan idea dalam bentuk tarikan.



Tuesday, November 18, 2008

Keusahawanan Transformasi Bestari

Keusahawanan boleh didefinisikan sebagai kebolehan dan kemampuan untuk mengesan dan merebut peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan berkenaan dan membuat pembaharuan dan pengubahsuaian. Justeru, tidak hairanlah jika Kementerian Pengajian Tinggi memperkenalkan subjek keusahawanan kepada pelajar IPTA. Antara objektif utama penekanan terhadap subjek ini ialah pendedahan awal kepada pelajar di IPTA tentang keusahawanan dan pengurusan perniagaan serta membentuk sikap keusahawanan dan memberi dorongan kepada pelajar IPTA untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan. Semoga visi ini mampu menarik minat golongan mahasiswa khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah sebagai teras pekerjaan mereka…

Sekretariat Exco Keusahawanan KKIP Sesi 08/09

Mohd Syaiful Amri B Khahani
Khalil Fitri B Sabu
Mohd Noor B Saibol
Andi Mohd Taufikh Makmur
Mohd Amar B Mostapha
Peter Ling Huo Hang
Nurul Fatihah Bt Hisamuddin
Siti Selimah Bt Mustal